Thursday 18 October 2012


Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini :D

Sinopsis

Aku Terima nikahnya… Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.

Namun, lumrah hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001 rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.



No comments:

Post a Comment